aku tak nak tulis pasal cerita nie sebenarnya..
tapii..hati aku benar-benar terluka lagi kali ini....
kegembiraan malam itu
telah awak rampas dengan jayanya..
tahniah..insan yang bernama lelaki..
aku dah betul-betul berharap pada dia..
walaupun kami hanya bersahabat namun kami serius..
kata-kata si dia memang buat aku gembira.
aku lena dibuai kata-kata indah
dan aku lupa pada satu ayat
'lelaki memang pandai bermain dengan kata-kata'.
aku tewas dengan kata-kata dia
dan aku hnyut dalam dunia nie.
tapi sesekali aku tersedar yang kami hanya sahabat.
awak, kenapa awak buat saya macam nie??
kenapa awak tipu saya,
saya nie jahat ke sampai awak tak boleh terus terang dengan saya??
awak, saya masih boleh terima bile awak bagitahu awak masih contact dier,
saya tak marah awak pun tapi bile awak bagitahu awak masih mengharap pada dier
dan tak dapat lupakan dier saya sakit
hati sangat-sangat. awak tau sebab apa?? nak tahu ke??
sebab saya rase selama nie saya hanya tempat persinggahan awak jela?
perasaan saya nie bukan mainan, awak..
seminggu sudah berlalu peristiwa itu..
aku banyak berfikir akhir-akhir ini..aku redha dengan segala dugaan ini.
aku tahu ade hikmah di sebalik semua yang terjadi ini,
kawan-kawan banyak memberi nasihat kepadaku dan ternyata aku masih punyai
mereka walaupun aku tiada si dia. aku sedar aku lalai selama ini,
aku leka dengan kebahagiaan sementara ini dan aku alpa pada Mu..Ya Allah..
ampunilah segala dosa-dosa hambaMu yang hina ini..
dahulu aku pernah melalui peristiwa seumpama ini..tapi aku degil..
aku ego, aku tidak bersyukur
dengan segala nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan..
aku mulakan perkenalan itu lagi walaupun pada awl niatnya untuk berkawan
dan sejurus itu ingin mengikat hubungan itu kepada hubungan yang halal..
tapi lelaki dan perempuan sukar untuk menjadi kawan, perasaan itu hadir tanpa diduga..
aku tewas lagi dalam menjaga hatiku untuk yang bukan halal bagiku..
namun aku bersyukur kerana aku sedar pada usia seawal ini..
aku serik untuk mencari cinta manusia
sebelum aku benar-benar halal bagi insan yang bernama lelaki
indahnya cinta Allah pada diri ini sehingga
Dia tidak mahu aku curang dalam menyintaiNYA..
Ya Allah, aku masih diberi peluang kedua, aku xkan sia-siakan peluang ini..
jodoh itu rahsia Allah,
aku hanya perlu bersabar dan berdoa agar jodoh itu dapat membimbing aku
dan menjadi iman dalam solatku...
jika sampai masanya, aku akan berjumpa si dia yang benar-benar tercipta untukku..
alhamdullilah..hati ini makin hari makin tenang dalam mencari cintaMU Ya Allah..
bimbinglah aku, agar aku tidak tersesat lagi dalam mencari jalan hidup ini..
subhanallah..
FOR YOU..MY FRIEND.. ^_^

No comments:
Post a Comment